18 Oktober 2011

Bersama Dr. Jhu : Cara-cara berhenti merokok !!


Kenalkah anda dengan gambar diatas? mungkin gambar diatas ni lebih banyak dilihat oleh anda setiap hari berbanding muka awek atau isteri anda... Kenapa anda menduakan awek2 atau isteri2 anda dengan sekotak benda nih? adakah beliau yang diatas lebih cun dari buah hati anda. Persoalan itu sebagai pembuka kepada artikel doktor kali ini.. Jika anda inginkan kehidupan yang bebas dari asap tembakau ini, percayalah pada doktor dan praktikkan apa yang ingin doktor perkatakan ini.. haha..



     ROKOK! Pakar sejarah ada bagitahu aku yang rokok nih berasal dari Amerika tengah dan Mexico pada abad ke 9 lagi. Mereka-mereka ini mempunyai tabiat mengunyah tembakau. mungkin masa tuh takde lagi chewing gum. Lepas tuh orang eropah mendapat idea untuk menciptakan sejenis kertas yang membaluti tembakau serta racun tikus, racun lipas, otak lembu, ridsect, ubat nyamuk lingkar tu, dan air longkang(eh lebih-lebih pulak). Di Malaysia pulak semestinya rokok ni dipopularkan oleh residen2 British yang disembah raja-raja kita dulu.
Ok, malas nak lari banyak dari tajuk asal kita, disini aku nak bagitahu kepada otai2 rokok nih semua bagaimana untuk berhenti menghisap rokok dengan berkesan sekali.


1. Cari awek atau Isteri yang garang dan lemas dengan asap!

alternatif ni memang boleh pakai, aku tahu lelaki-lelaki kat luar tu bila kena marah kt makwe memang dengar kata punya.. aku mewakili lelaki nak juga menegaskan disini,kitorang bukan takut kat korang wei kaum hawa, cuma kitorang sayang malas nak gaduh2.. saper xsayang bini oiii...  nk lagi best, cari awek yang garang dan lemas dengan asap rokok.silap2 boleh mati kalau kena asap rokok.. confirm korang berenti hisap rokok kan? (cun la pulak gambar awek sebelah ni kan? mesti lama korang tgok gambar kat sebelah ni.... gatal! dhla isap rokok! gatal pulak tuh! xmalu!!)
kalau xmenjadi dengan cara tuh dengan alasan korang "aku boleh pasang eksoz fan kt rumah,xpon hisap blkg dia, dan bla bla bla..."(memang perokok ni byk sgt alasan). Jadi korang cuba cara ni pulak.


2. Tiru macam adik Malek
Korang mesti herankan? Saper pulak si Malek nih? Kenape pulak nak tiru adik dia? hahaha.. ala korang nih, Malek dalam KL Gangster tuh pon xthu? aku lupa nama adik dia dalam citer tuh.. ermm korng tgok sendiri la gambar kt bawah nih pastu bgthu aku sape name dia....
haaa korang kenal kan?? aku nk citer pasal tabiat baik dia walaupon dia jahat dalam filem KL Gangster ni.. korang xthu ke yang dalam citer ni dia ade sakit jantung akibat tabiat merokok? Dia dalam proses berhenti merokok.. korang perasan x dalam citer tu mane ade sekali pon dia bakar rokok dia.. betul tak? ini cara yang berkesan kepada seorang gangster untuk berhenti merokok..walaupon xmerokok,tetap nampak ganas..

kalau xmenjadi jugak cara ni, try yang ketiga pulak..


3. Makan tulang ikan
Percaya atau tidak tulang ikan adalah satu mekanisme yang boleh menentang ketagihan nikotin dalam badan. cara-cara dia macam ni... korang makan tulang ikan banyak-banyak sampai tekak dan kalau boleh kerongkong korang sekali luka, dan kesakitan luka tu akan terserlah apabila anda sedut rokok sekaligus menyebabkan anda tidak mahu merokok..

4. Bom Kilang rokok diseluruh dunia 
kalo tulang ikan xmendorong jugak korang berenti merokok try hapuskan terus tempat rokok dihasilkan dengan mengebom kilang rokok seluruh dunia...Ada berani?? berani cubalah.....

5. Minta bantuan kawan lama
yang ni lagi menarik.. ko buat macam nih.. bila habis sebatang rokok ko hisap,ko mintak tolong kawan ko bagi penampar kat ko.. cuba praktikkan benda ni selama sebulan.. confirm pecah pipi ko..
To Be Continued...

Tiada ulasan: