18 Disember 2011

Sketsa Sebuah Cinta

Sebuah kisah cinta pendek yang romantis ingin dikongsi bersama-sama rakan pembaca disini. Satu perjalanan cinta yang cukup menyedihkan dan menyayat hati. Air mata yang tidak pernah ku titiskan disaat remaja ini telah bergeleningan di pipiku apabila sebuah kisah cinta ini diceritakan padaku. aku nama kan cinta ini "SKETSA SEBUAH CINTA"

Ianya bukan ilusi, bukan siri cerita dongeng atau bukan sekadar rekaan. Ianya dari sebuah penceritaan secara lisan kepadaku. Aku tidak akan menyatakan nama sebenar pemilik kisah ini.

   Muslimin (bukan nama sebenar) seorang yang penyayang dan sangat romantis orangnya. Julia pula seorang yang penyabar, manja dan sangat menyayangi kekasih hatinya. Mereka berdua sudah lama mengenali satu sama lain. Walaupon Muslimin hanya seorang budak kampung yang tidak ada pekerjaan tetap, namun hati julia masih teguh mempatrikan hatinya untuk Cinta Muslimin. Muslimin seorang yang cekal, walaupon hanya bekerja kampung dan hanya memiliki seekor lembu sebagai harta hidup dan matinya, Muslimin tetap boleh memberikan Julia kebahagiaan walaupon bukan dari segi wang. Julia pula bukan seperti wanita-wanita lain yang lebih materialistik dan memilih pasangan hidup mereka.
  
Dipendekkan cerita, mereka ini telah berkenalan sejak zaman persekolahan lagi. Mereka sering bersama walau apapon terjadi. Muslimin yang hanya bersekolah sehingga tingkatan 3, menjadikan Julia sebgai kawan paling rapatnya. Ke mana sahaja Muslimin pergi mesti Julia ada bersamanya. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dari hari ke hari sehingga lah umur mereka mengjangkau 20 tahun.


Kisah tragis ini bermula setelah hari raya puasa tahun lepas. Selepas hari raya hubunga mereka semakin renggang, Julia seolah-olah semakin membenci Muslimin. Apabila Muslimin ajak keluar ronda-ronda kampung,Julia seolah-olah takut dan terpaksa ikut Muslimin. Muslimin yang sedar tingkah laku Julia berpura tidak nampak perubahan ke atas Julia kerana Muslimin terlalu sayang akan Julia yang membesar bersama dia. 
  
  Muslimin sedar yang Julia tidak ada banyak masa lagi. Muslimin hanya membilang hari menunggu kepergian Julia. Walaupun pedih, namun pahit itu mesti ditelan Muslimin kerana takdir telah pun tertulis untuk Julia. Julia hanya menanti hari, Muslimin cuba memberi sepenuhnya kasih sayang kepada Julia walaupun sedar yang Julia semakin hari semakin berubah.

  Kini tibalah masanya, selepas waktu yang amat singkat mereka terpaksa berpisah. dipagi yang henin, semua orang berpusu-pusu ke padang, Muslimin juga turut serta, dan dibelakangnya diekori Julia. orang ramai telah pun menunggu. Julia semakin resah, Muslimin hanya menangis didalam hati. orang ramai memenuhi padang. 


  Julia telah pun siap, Tangan Muslimin berpeluh dan terketar-ketar. Bapa Muslimin berpaling kepada Muslimin dan mengangguk beberapa kali tanda telah tiba masanya Muslimin melakukanya. Denga tangannya sendiri, Muslimin menyembelih lembunya sendiri sebagai Ibadah korban di Hari Raya Aidiladha, Muslimin kelihatan nerves sebab ni first time dia korban lembuuuuuuuuuuu......................................... 


PEACE!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: