21 September 2011

EKSKLUSIF!! WARTAWAN NSTEA DIKEJAR HANTU

Pucat... Reaksi muka Reza yang sempat dirakam
sebelum ditemui pengsan oleh Penghulu.
Kampung Belukar - Gempar satu kampung apabila dikatakan salah seorang wartawan NSTea dikejar hantu semasa ingin membuat liputan tentang maksiat yang berleluasa di kampung berkenaan. Wartawan yang bernama Md Jaa a.k.a Jaa Urrbann itu didapati pengsan oleh ketua kampung di halaman rumah sewa anak dara yang cun di kampung itu lewat tengah malam semalam. Benarkah wartawan kami ni nk pergi buat liputan disana? Tok Penghulu pulak buat ape kat sana mlm2? Pelbagai persoalan orang kampung timbulkan semasa krew NSTea sampai di tempat kejadian.


Persoalan itu tadi tangkas disangkal oleh wartawan kami, Jaa Urrbann. "Saya dtg kt cni nak buat liputan la,nk snap2 gmbar kt rumah tu..mane tahu kalau ada mksiat..saya mmg xde rancangan jahat lain lah" tegas beliau.



tok penghulu(kaki skodeng) sedang
menceritakan pengalaman menangkap hantu
di kampungnya pada tengah
malam
Mengikut cerita Tok Penghulu pula, dia ternampak seorang lelaki sedang mengendap di bahagian tingkap rumah berkenaan, selepas tok penghulu mendekatinya, lelaki tersebut iaitu wartawan NSTea itu telah jatuh pengsan. Tok Penghulu berkata, "Pakcik datang dari dapur rumah berkenaan untuk buat survey tgok bilik air yg rosak kt rumah anak dara tu, pastu pakcik nampak Jaa Urrbann dok mengendap..hrmmm padan lah muka dia nampak hantu.." jelas tok penghulu sambil ketawa..


Mengikut cerita orang kampung, tok penghulu kampung mereka sebenarnya kaki skodeng jugak, sbb tu lah dia berkeliaran kawasan rumah anak dara tu tengah-tengah malam.


Pembaca NSTea bertuah keranan rakaman cctv rumah berkenaan sempat menangkap gambar Jaa Urrbann bersama hantu dibelakangnya.


Gambar yang diberikan tok bomoh semasa mengubat Jaa Urr Bann

Tiada ulasan: