20 September 2011

5 Remaja Somalia Lari ke Kuala Lumpur

5 warga Somalia yang membuat perhimpunan haram di Ibu Kota
Kuala Lumpur - 5 remaja dari Somalia yang membuat demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa semalam. Demonstrasi bertujuan mengecam peperangan di negara asal mereka, Somalia. Namun perhimpunan itu terpaksa di berhentikan oleh pihak berkuasa kerana mereka tiada permit yang sah untuk membuat perhimpunan. 


Mereka ini juga dikatakan pelarian dari Somalia yang datang kesini dengan menaiki perahu melintasi lautan pasifik hingga ke selat Melaka.



Ketua Polis, Bro Duu ketika ditemubual dihadapan balai nya.
Ketua Polis Cawangan Kuala Lumpur, Supritendan Zuan Jaa Hiet yang berbangsa separa cina separa vietnam berkata, perhimpunan ini tidak mengancam penduduk warga kota kerana ianya dibuat oleh remaja bawah umur yang belum bersunat. "Saya sebagai Ketua Polis disini ingin menegaskan kepada anak-anak muda di negara kita supaya tidak terlibat dengan kegiatan haram kerana boleh ditangkap mengikut seksyen 1(2) enakmen kesalahan jalan raya dan boleh didenda sehingga Rm20 atau sebat 20 kali, atau penjara 20 tahun, boleh pilih mana yang suka" Tambah beliau. Selain memberi nasihat kepada anak2 muda, beliau yang juga lebih mesra dengan pangilan "Bro Duu a.k.a budu" sempat juga mengajak anak2 muda yang ingin kerat seluar baju dan lain2 boleh la berjumpa beliau di balai berhampiran.


Berbalik kepada 5 orang remaja tadi, mereka dikatakan lari kesini atas sebab keselamatan diri kerana tidak tahan berada di negara yang bergolak itu.  Jurucakap New Straits Tea yang fasih berbahasa Somalia iaitu RajLi Min a/l Arumugam sempat berbual mesra dengan salah seorang warga Somalia yang paling tua disitu yang dikenali sebagai Jaa Urr Ban. Mereka rupanya pernah bersekolah sekali di Somalia namun sampai darjah 3 sekolah mereka di bom.

2 ulasan: