20 September 2011

BOMBA LALAI

Kesemua anggota bomba yang berposing mengambil gambar sedangkan
dibelakang mereka api tengah marak.
PERU- Sekumpulan anggota bomba yang dihantar ke tempat kebakaran lalai dalam membuat kerja semalam. Kebakaran di sebuah perumahan di bandar ini berlaku kira-kira jam 3.45 pagi semalam waktu tempatan. Seramai 20 orang anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian yang mengambil masa setengah jam untuk sampai dari Balai Bomba Kampung Panji untuk ke sana.

Penduduk tempatan memberitahu, Kesemua anggota bomba itu lalai dalam memadam kebakaran apabila mereka semua ini sempat berposing supaya wartawan ditempat kejadian mengambil gambar mereka. 
Seorang penduduk tempatan memberitahu NStea, kejadian ini sebenarnya tidak lah begitu dasyat kerana ianya bermula apabila ada kanak-kanak bermain api di halaman rumah sebelum melarat ke rumah-rumah berkenaan. Keadaan menjadi lebih dasyat apabila Bomba yang sampai melengah-lengahkan kerja mereka. 


Pemberita mendapat kepastian Ketua Biro Kebakaran Bangunan Peru yang turut berada ditempat kejadian iaitu Mohd Mail Sengeh. Mail yang berdiri ditengah dan berpakaian baju melayu mengatakan bahawa kebakaran itu hanyalah gimik politik penduduk tempatan sahaja. "Kebakaran dikatakan berpunca dari seorang penduduk tempatan yang membakar rumahnya sendiri, saya akan serahkan kepada pihak Polis Peru untuk selesaikan hal ini. Ingat lah rakan-rakan, dalam kita berseronok kita lalai." Jelas beliau.

Tiada ulasan: