21 September 2011

RAIHAM SEMAKIN POPULAR

Kumpulan nasyid yang semakin mencipta nama di persada seni tanah air dengan gelaran Raiham kini telah menempa nama sebaris dengan kumpulan nasyid tempatan yang lain. 


Kumpulan nasyid yang dianggotai oleh 5 orang ahli ini telah lama berkarya dan bergerak secara "underground" sebelum nama mereka disebut-sebut apabila lagu mereka yang bertajuk "jangan tipu saing" kini menjadi siulan anak-anak muda masa kini. Bukan itu saja, lagu mereka ini juga telah menjadi satu kepastian bagi setiap radio-radio tempatan untuk memainkanya.



Kumpulan yang berasal dari pinggir sungai Pulau Melaka ini dikatakan banyak mendapat ilham mencipta lagu apabila mereka duduk memancing diatas jambatan kayu yang runtuh di Sungai Pulau Melaka. Reza sebagai vokalis utama kumpulan ini pernah sekali terjatuh dalam sungai tersebut kerana lalai dan hanyut mencipta lagu. Namun dia bernasib baik kerana dia pandai berenang. Dikhabarkan juga beliau ingin membuka kedai bundle sebagai alternatif lain mencari duit jika jualan album kumpulan mereka tidak laku di pasaran.


Limiey meminta gambar muka
beliau dikaburkan kerana malu.
Menurut "die hard fan" kumpulan ini, Limiey Asmawi Bakhuri (gambar), dia telah lama mengenali kumpulan ini dan tidak terlepas mengikuti perkembangan semasa kumpulan ini. "Raiham nih kumpulan yang jurus, saya begitu minat dengan lagu-lagunya, setiap anggota kumpulanya pon smart, kadang-kadang saya selalu berangan untuk memeluk mereka..saya minat sangat-sangat lahh.." kata beliau. Selain itu, Limiey juga berkata yang dia selalu terserempak dengan kumpulan ini berkaraoke di Pusat Karaoke Tawang.


Antara Lagu popular kumpulan ini ialah, "jangan tipu saing", "aku seorang wartawan", "kisah aku menipu kawan" dan yang terbaru lagu tema NSTea, "Akhbar Tipu Rakan". Kepada peminat yang ingin mendapatkan album mereka bolehlah beli di pasar malam berdekatan atau terus ke studio mereka bersebelahan JPJ Panji. -NSTea-

Tiada ulasan: