![]() |
Gambar Hiasan : Parti ini tidaklah seramai ini ahlinya.. Hanya 4,5 orang ahli yang setia sejak ditubuhkan. |
Mungkin ada semua tertanya-tanya akan apakah JR? Semua akan terus menunggu berita New Straits Tea bagi merungkai isu yang dihangatkan oleh admin di laman sosial facebook kami. (mcm syok sndri jah,padahal xdok ore tunggu pom..haha)
Kuala Selut - Sebuah Persatuan parti politik yang bergerak secara senyap telah dibongkarkan di ibu kota oleh wartawan NSTea seminggu yang lepas. Parti Politik itu telah lama beroperasi dan juga sebuah badan yang berdaftar di negara kita. Tapi kenapa sampai ke hari ini kita tidak mengenali mereka? mengapa kita tidak pernah mendengar pon nama persatuan mereka. Persatuan pengakap di sekolah rendah pon lebih dikenali daripda persatuan mereka ini... Ini yang NSTea ingin perbetulkan!!
![]() |
Cebisan gambar DR. Wan yg ditemui di facebook milik beliau sebelum British berkuasa di tanah Melayu. |
"JR" adakah anda pernah mendengarnya? ia.. mungkin anda pernah mendengar didalam melodi ABC kerana ianya merupakan konsenan huruf. JR adalah singkatan daripada "JET ROKET!" satu pertubuhan indie yang bergerak secara underground bertahun lamanya. Perjuangan mereka tidak pelik, tidak terpesong, tetapi kerana ianya benar semata-mata, maka tiada ruang untuk mereka ini menyampaikan gerakan yang mereka lakukan didalam JR. Sekatan ini semestinya dari pemimpin-pemimpin yang takut kepada rakyat yang celik.
NSTea membongkar lagi tentang pengasas JR ini. Dr Wan Ismail Golok (gambar kecil) seorang yang tabah dalam memperjuangkan kebenaran. kata-katanya persis bak jarum jahit saiz paling kecil. begitu tajam apabila diterima. Beliau merupakan pengasas Parti ini semasa era pemerintahan British lagi. beliau mendapat idea selepas beliau pergi ke suatu ceramah parti politik berkecuali lalu dengan sekelip mata timbul untuk menubuhkan "JETROKET". Penubuhan parti ini bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana parti lain yang cuba mengambil kesempatan kepada rakyat di tanah melayu ini. Benar kata-kata Dr Wan, "kita nih kene duduk ats pagar, sbb kita ni underground, dipihak itu pon tidak dipihak ini pon tidak, kita ikut jika pihak ini memberikan hasi kpd kita, kita ikut pihak itu yg memberikan hasil kpada kita,kalau dua-dua tidak memberikan hasil kepada kita, kita buat sendiri" tegas beliau.
![]() |
Presiden JR kini.. |
Kini, Tahun 2011, Presiden JR kini yang membawa semangat Dr Wan telah sedia memikul tanggungjawab yang ada dan sentiasa memberi komitmen penuh kepada parti walaupun terpaksa menguruskan kedai runcit. Professor Anas Pattani dari Kampung Pintu gedegeng Kuala Lumpur,Thailand.
Prof Anas tanpa segan silu menyuarakan bahawanya JetRoket ini adalah bukan parti untuk rakyat tetapi ini adalah "Parti Rakyat". Mengikut buku peninggalan Dr Wan, Prof ini telah merampas kuasa dari Abang Dr Wan iaitu Dr Ismail Parang. Dr Ismail Parang ketika itu dikatakan suka berjudi di laman sosial, lalu Prof Anas bertekad untuk merampas kuasa Jet Roket ini dari beliau.
![]() |
lambang jet roket |
Peristiwa itu menyebabkan parti ini berkurangan ahli. Merupakan tanggungjawab besar kepada Prof Anas untuk mengembalikan kegemilangan yang diciptakan oleh Dr Wan. Dia harus mengikis tanggapan penyokongnya selepas era presiden Dr Ismail Parang yang lebih kepada berpoker sahaja kerja an dia. Tetapi sedarkah kita akan kemunculan ketiga-tiga tokoh ini di negara kita? sedarkah kita dimana kita berada? Lupakah kita dengan janji kita kepada mereka, derhaka kah kita kepada tanah air? (apa aku merepek nih) Sory2 terlebih feelin la pulak.
Akhir sekali aku suka dengar ayat pantun nih..
Disana gunung disini gunung,
Ditengah-tengahnya pulau Jawa;
Wayangnya bingung dalangnya lebih bingung,
Yang penting bisa kita ketawa..
-tok dalang OVJ-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan