![]() |
Mahael Jasuli ketika dijumpai di CC Tokyo jepun selepas tamat perlawanan |
Jepun - Skuad Olimpik negara gagal mencuri mata apabila bertandang ke Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan. Malaysia yang diundi dalam kumpulan C bersama-sama Jepun, Syria dan Bahrain nampak kurang bermaya apabila tewas perlawanan pertama menentang pasukan no 1 Asia,Jepun.
Pengendali Skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee nyata tidak berpuas hati dengan aksi anak buahnya yang disifatkan longlai dan tidak agresif semasa perlawanan. Barisan pertahanan negara gagal menyekat pasukan Samurai Biru itu apabila 2 gol dibolosi lawan. Penjaga gol negara,Khairul Fahmi Che Mat melahirkan rasa kecewa terutamanya kepada Mahael Jasuli yang tidak seperti orang bermain bola. Senario ini berlanjutan hingga tamat perlawanan.
![]() |
Ong Kim Swee ketika menjawab soalan wartawan NSTea |
Ong Kim Swee juga sependapat dengan Khairul Fahmi, beliau beribu kali menyesal memasukkan pemain yang tidak berkualiti seperti Mahael Jasuli ini. "Kenapalah saya tidak boleh nampak yang Mahael nih xpndai main bola.. Saya mungkin buta semasa menyenaraikan nama pemain utama negara kerana Mahael ketika itu memberi saya 1000k chip poker,lalu saya termasukkan nama dia" jelas Ong Kim Swee dengan nada kesal.
![]() |
Ni pulak Ong Kim Swee semasa muda.... |
Sejurus tamat perlawanan, wartawan NSTea yang dihantar ke Jepun untuk membuat liputan perlawanan itu bergegas mendapatkan Mahael supaya dia mengulas sedikit sebanyak tentang perlawanan tersebut. Selepas berjam-jam mencarinya di hotel penginapan, akhirnya NSTea berjaya menjumpai Mahael di cyber cafe berdekatan.
Mahael yang asyik bermain Poker diterjah oleh wartawan kami yang sememangnya suka kan kontroversi..... Mael ditanya wartawan kami.. Benarkah Mahael dianggap penyebab kekalahan pasukan? dengan slumber dia jawab, " Rilek boh, saya bukan sengaja nk jaring gol sendiri tadi..lagipun masa tu saya xperasaan yg Apek ada kat gol Malaysia, Sy ingatkan tadi gol jepun, sbb tu saya membuat rembatan kencang ke arah Apek.." jelas beliau panjang lebar.
![]() |
Ehh gambar poker pon ade?? |
Gol kedua pasukan Jepun juga berpunca daripada beliau yang dengan penuh keyakinan dia tackle pengadil didalam kotak penalti dan pengadil berang lalu menghadiahkan sepakan penalti kepada Jepun. Selepas ditemubual, Mahael sempat membuat ucapan Hari Raya kepada seluruh rakannya di kampung.
Akhir sekali nasihat NSTea kepada jurulatih negara supaya janganlah terlibat dengan game poker,dan jangan memilih pemain seperti melepas batuk ditangga,kalau nk batuk pun batuk lah ditempat lain... sekian laporan dari Tokyo, Jepun... Majulah Sukan Untuk Negara!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan